....Selamat Datang Ke Dunia Rasopariso....

Selamat Datang Ke Dunia RasoparisoFM

Wednesday, 8 June 2011

Jenaka - Senario Perkahwinan

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

p/s : Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak

Alkisah...Bela Toyol

Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya di bantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki yang kurang halal tu.... hidup mereka saling bergantung antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat setia pada tuannya... setiap kali disuruh oleh tuannya.. pasti ia akan bertugas.
Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab soalan malikat mungkar nangkir... dan mencari jalan untuk melepaskan dirinya.
Lalu tuan toyol ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata... 'Toyol-toyol..... aku ada satu pekara yang hendakkan engkau lakukan' Lalu Toyol itu pun menjawab 'Yess.. Bosssss...'
Tuan toyol berkata ' Sekiranya aku mati nanti .... aku harap engkau dapat menuliskan keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam untuk menjawab segala soalan malikat mungkarnangkir pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti'. Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab "No problem bossss.."

Selang beberapa bulan daripada tarikh tersebut... maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah mayat tersebut di khafankan dan selamat dikebumikan ... tetapi malangnya toyol tersebut telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut ... dengan nada selambanya dia berkata ' aisyeaaa man... lupa lak nak tulis... tapi tak pa .... tuan aku teror... mesti dia boleh jawab punya'

Setelah kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol.... Soalan pertama diajukan .... marabuka....lalu tuan toyol tu pun duduk dengan confident nya sambil menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya... Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab - "Made in China" -
Zrappppppppp...... satu sebatan diberikan oleh malaikat tersebut...

Begitulah adanya kisah untuk kali ini...dan moral bagi cerita ini ialah Belilah barangan Buatan Malaysia

Lawak Jenaka

Kisah 1
satu petang kambing sound ayam.. "apalah ko ni ayam, baju lawa tapi tak pakai selipar.."
ayam yang bengang jawab "ko lagi la....janggut panjang alim konon......seluar tak pakai...

siap nampak telur lagi kat orang ........tak malu!
............ ......... .......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ....

Kisah 2

satu hari sedang sepasang lalat makan tahi tibe2 si isteri lalat b'suara "bang ,nape kite hari2 makan tahi?
si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende2 kotor mase makan....... .tak baik"

............ ......... ......... ......... ......... ......... .......... ......... ......... ......... ...

Kisah 3

Dikisahkan.. seorang buta bertanya kepada..aweknya yang sedang
memimpin tangannya.
" Sayang...betul ker sayang nie ikhlas..!!? "
Lantas..aweknya menjawab..
"Tentulah..saya sayang awak tau..!!"
Kemudian, aweknya pula bertanya..
" Awak rasalah.. saya nie..cantik tak?"
Kemudian, si buta menjawab..
" Saya tahu..kalau awak nie cantik tentulah awak takkan pilih saya
yang buta nie sbagai pasangan..ehehe! !"

............ ......... ......... ......... ......... ......... .......... ......... ......... ......... ...

Kisah 4

Sebelah kebun Pak Pandir ada kolam besar. Itik liar banyak. Pandir
cuba nak tangkap, tak dapat. Pandir celup roti ke dalam kolam lalu makan.
Pak Kadok nampak: "Kau buat apa?"
Jawab Pandir: "Aku cicah roti dengan sup itik" Hah hah haaaaa

Sm!Le... :)

Maybe God wants me to meet a few wrong people before meeting the right one so that when we finally meet the riht person, we will know how to be grateful for the gift.
When the door of happiness closes, another opens, but often times we look so long at the closed door that we don't see the one, which has been opened for us.
The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing with, never say a word, then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.
It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.
Giving someone all your love is never an assurance that they'll love you back!! Don't expect love in return; just wait for it to grow in their heart but if it doesn't, be content it grew in yours.
Dream what you want to dream; go where you want to go; be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.
May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, enough hope to make you happy.
Always put yourself in the other's shoes if you feel that it hurts you, it will probably hurt the other person too.
The happiest people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along the way.
Happiness lies for those who cry, those who hurt, those who have searched, and those who have tried, for only they can appreciate the importance of people who have touched their lives.

Hati dan Perasaan

  • Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
  • Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
  • Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
  • Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
  • Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
  • Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
  • Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
  • Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
  • Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka.
Wallahu A'lam

TIPS UNTUK HILANGKAN STRESS

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

p/s: sumber internet